Pages

Saturday, February 26, 2011

Adab ketika berada di dalam masjid

1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan berniat untuk beribadah kepada Allah. 


2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw ( Riwayat Bukhari) :

Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu datang untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan.

3. Tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori r.a berkata :

Sabda Rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” (Riwayat Bukhari)

4. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah ).

Daripada Abi Said al Khudri berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda : Apabila salah seorang daripada kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang. Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesunggnya ia adalah syaitan – riwayat Bukahri dan Muslim 5. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.

Daripada Abi Sya’sa’ berkata : Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan . Abu hurairah memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah mengingkari Abu qasim (gelaran Rasulullah saw ) – (Riwayat Muslim)

6. Elakkan dari melangkah tengkuk para jemaah yang lain. (Riwayat Ibn Majah-kitab sahih targhib wat tarhib)

Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda saw menyampaikan khutbah , diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda : Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain. (Riwayat Ibn Majah)

7. Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau.

Daripada Jabir bin Abdillah r.a daripada nabi saw berkata : Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya (Riwayat Bukhari).

8. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah. 

9. Jaga kebersihan.

Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing ini atau kotoran. Adapun masjid adalah tempat mengingati Allah , bersolat dan membaca al Quran. (Riwayat Muslim) 

10. Menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid ( Riwayat at Turmuzi).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : Allah tidak akan memberikan keuntungan kepada perniagaanmu. Dan apabila kamu melihat orang mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : Allah tidak akan memulangkan kepadamu (Riwayat at Tirmizi).

11. Menjawab azab ketika berkumandang. 

12. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 

13. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.


Masjidil Haram Mekah Arab Saudi


Masjid Kubah Emas Depok Indonesia


Masjid Hadhari Jerteh Besut Terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...