Pages

Sunday, February 27, 2011

Langkah Mencintai ALLAH

Cinta sering kali menjadi buruan manusia. Ada yang mencintai wanita, suami, ibubapa, harta dan sebagainya. Namun, kita sebenarnya lupa cinta hakiki kita yang patut kita semai dan selalu suburkannya yakni, cintakan Allah, tuhan sekalian alam. Ketahuilah, cinta pada Allah adalah cinta yang teramat agung dan patut dikejar oleh manusia. Berikut, saya kongsikan beberapa petua atau langkah-langkah yang perlu diamalkan bagi merasai nikmat manisnya mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhannya dengan bersungguh-sungguh tanpa banyak alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sesekali mendekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa " tidak sedap hati " saat ingin melakukan sesuatu yang haram yang menjurus kearah maksiat.
  • Letakkan Allah sebagai keutamaan (prioriti) dalam hidup dan dahulukan Allah dalam apa jua segi pekerjaan sekalipun.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan agar ianya diberkati dan diredhai oleh Allah.
  • Reda di atas segala musibah yang melanda dan ketentuan qada' dan qadar.
  • Disiplinkan diri agar sentiasa mengingati Allah.
  • Menyifatkan dunia sebagai sebuah penjara sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga kepada orang kafir" (Riwayat Muslim no 7606).
  • Ikhlas dalam melakukan segala perbuatan dan amalan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. 
  • Cintailah segala yang di sukai Allah dan benci segala yang di benci oleh Allah.

Saturday, February 26, 2011

Adab ketika berada di dalam masjid

1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan berniat untuk beribadah kepada Allah. 


2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw ( Riwayat Bukhari) :

Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu datang untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan.

3. Tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori r.a berkata :

Sabda Rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” (Riwayat Bukhari)

4. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah ).

Daripada Abi Said al Khudri berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda : Apabila salah seorang daripada kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang. Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesunggnya ia adalah syaitan – riwayat Bukahri dan Muslim 5. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.

Daripada Abi Sya’sa’ berkata : Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan . Abu hurairah memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah mengingkari Abu qasim (gelaran Rasulullah saw ) – (Riwayat Muslim)

6. Elakkan dari melangkah tengkuk para jemaah yang lain. (Riwayat Ibn Majah-kitab sahih targhib wat tarhib)

Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda saw menyampaikan khutbah , diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda : Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain. (Riwayat Ibn Majah)

7. Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau.

Daripada Jabir bin Abdillah r.a daripada nabi saw berkata : Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya (Riwayat Bukhari).

8. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah. 

9. Jaga kebersihan.

Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing ini atau kotoran. Adapun masjid adalah tempat mengingati Allah , bersolat dan membaca al Quran. (Riwayat Muslim) 

10. Menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid ( Riwayat at Turmuzi).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : Allah tidak akan memberikan keuntungan kepada perniagaanmu. Dan apabila kamu melihat orang mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : Allah tidak akan memulangkan kepadamu (Riwayat at Tirmizi).

11. Menjawab azab ketika berkumandang. 

12. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 

13. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.


Masjidil Haram Mekah Arab Saudi


Masjid Kubah Emas Depok Indonesia


Masjid Hadhari Jerteh Besut Terengganu

7 golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar

Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan ALLAH SWT:
1. Pemimpin yang adil.
2. Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada ALLAH.
3. Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid.
4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH, mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH.
5. Lelaki yang digoda (untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita bangsawan lagi jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”
6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya.

“DUNIA ADALAH HAYALAN”bagaimana tayangan di dalam kamera ini,itulah dunia pada kaca orang MUKMIN.Bagaimana ianya hanyalah ilusi,tidak dapat dilihat,tidak dapat dipegang.yang ada hanyalah deria 5 yang membantu..maka tiada erti dunia kerana ada akhirat.”

Tidak ada sesuatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman/ sahabat yang soleh, apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh.” [ Saidina Umar] 





Friday, February 25, 2011

HARAM sambut Valentine's Day


SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE DAY
Bila kite cakap pasal sambutan valentine's day yg xberape meriah dan xbest ni, ramai yang sibuk2 nak memeriahkannya....pelik kn('',)????? k la,kt cni saya listkan empat pendapat berkaitan dengannya..hope lepas anda baca ni,anda lebih memahaminya dan bagitahu la kt kawan2 lain yg xtahu sgt...kite kongsi2....


1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.


Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine
, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)






Tuesday, February 15, 2011

Facebook senjata berbahaya

KUALA LUMPUR - Laman sosial Facebook merupakan ruangan perkongsian perasaan sesama individu yang boleh menjadi senjata paling berbahaya dan kejam dalam peradaban baru manusia.
Kenyataan ni diambil daripada kosmo online. Kenapa agaknya perkara begini boleh terjadi??? Fikir2kanla yer....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...